Selamat menjalankan ibadah puasa August 30, 2010
Posted by jamyun in Perayaan/ majlis.add a comment
Buat seluruh warga Kampung Bariawa Ulu, selamat menjalankan ibadah puasa. Moga segala amal diberi ganjaran oleh-Nya.
Kipasan padi March 12, 2010
Posted by jamyun in Menarik.add a comment

Di Kg. Bariawa ulu, Keningau Sabah, alat ini dikenali dengan nama Kipasan Padi. Alat ini digunakan untuk mengasingkan padi yang baik dan tidak baik. Secara teorinya alat ini diputar mengikut arah jam. Tenaga manusia digunakan sepenuhnya bagi menggerakkan kipas alat ini yang terletak di tengah. Padi yang sempurna mempunyai jisim yang lebih berat berbanding padi yang tidak elok. Oleh itu, apabila padi ditiup oleh kipas, padi tersebut akan diterbangkan oleh tenaga kipas dan akan jatuh ke ruang khas yang dibina dalam Kipasan Padi. Padi yang lebih berat (baik) akan jatuh terlebih dahulu manakala padi yang ringan (tidak elok) akan jatuh lebih jauh. Oleh itu padi yang baik dan tidak baik dapat diasingkan. Alat ini digunakan secara tradisional dan agak berat.
Dahulunya, bagi tujuan ini para petani di kawasan ini akan bergotong royong untuk mengangkut mesin ini dari satu tempat ke satu tempat.
Sehingga kini, mesin ini tidak lagi didapati di kawasan ini. Ini berikutan aktiviti menanam padi huma secara berpindah randah tidak lagi begitu dipraktikkan. Sebahagian penduduk masih lagi mengamalkan aktiviti pertanian seperti menanam padi sawah. Namun dengan kewujudan pelbagai kemudahan dan mesin-mesin pertanian yang lebih canggih dan kurang menggunakan tenaga manusia, maka amalan menggunakan mesin ini semakin lama semakin pupus.
Zaman ini kemudahan kenderaan telah wujud, malahan kuasa beli penduduk semakin baik. Kuasa beli ini tentunya menjadikan para petani yang dahulunya kurang mempunyai kuasa beli memilih untuk membeli beras yang dijual di pasaraya.