jump to navigation

Putung gatah July 18, 2009

Posted by jamyun in Cara hidup kampung.
trackback

Pagi pagi memutung gata,hehe,..teringat sia ni lagu kalau bab putung gata ni. Memang sinonim.Hehe. Sesiapa yang pernah menoreh getah tu, memang fahamlah macam mana tu. Toreh getah ni, ikut amalan di kampung, kena bangun awal. Lepas tu sedia sarapan pagi, sedia jalan pigi kebun getah. Tu jalanan pun masih basah lagi. Ada bolobou lagi. Basah terus tu kasut samsun. Kalau kasut samsun sudah basah, ko jalan pun ada bunyi.Hahahha..tapi best putung gata ni. Ko tau kenapa? boleh kasi basar masol (muscle), fit terus tu badan. Pindik tagap pun ok saja bah. Sesudah siap toreh, ada masa rehat tu. Kamurang ingat putung gata ni tiada istilah rehat ka..atukoiiii..ada rest time lagi sementara tunggu tu susu getah (lateks) berhenti menitis. Kalau ada gitar sempat lagi ko nyanyi lagi “pagi pagi memutung gata” 50 kali. Bila sudah berhenti menitis, barulah ko start balik enjin ko pungut susu. Ni la masa kita mau guna turbo intercooler 4×4. Pakai low gear juga lah. Brek kaki pun selalu pakai lebih lebih lagi kalau kebun tidak rata. Pinggang pun sakit. Kalau tergelincir..atukoiiii…disini lah ko mandi susu getah. Jadi orang putih terus. heheh..Sesudah siap angkat susu, barulah kita giling getah. Campur suka (cuka getah,merbahaya mudah mengakis). Rasa macam saintis buat penyelidikan juga lah sikijap.Hehehe..Dipendekkan cerita, siap giling boleh pulang rumah. Bila tu getah sudah banyak, sudah kering sikit, boleh jual sudah tu. Walaupun kepingan getah, sekerap, kentalan tu betul betul Ho Liawww bau, tapi duit dia tidak bau.Hehehe..Kepada penoreh getah seluruh kampung, seluruh Malaysia seluruh dunia, saya ucapkan Majulah sukan untuk negara. Heheh, Selamat maju jaya kerana sumbangan anda amat bermakna untuk pertumbuhan ekonomi negara walau sekecil mana kebun getah anda.

%d bloggers like this: