jump to navigation

Hari Raya Aidilfitri 2009 October 5, 2009

Posted by jamyun in Perayaan/ majlis.
trackback

Ketibaan hari kemenangan buat semua umat Islam pada tahun ini disambut bersederhana tetapi amat tetap meriah. Satu kelainan dibuat pada tahun ini adalah solat sunat aidilfitri yang telah diadakan di padang Kampung Bariawa Ulu, bersebelahan dengan bangunan surau. Rasional kelainan ini dibuat adalah bagi menampung jumlah penduduk yang semakin hari semakin bertambah. Kelainannya cukup dirasai. Berlantaikan tanah yang dilapis dengan plastik kem, berbumbungkan langit, pemandangan indah dan luas. Cukup untuk kita bermuhasabah diri betapa kecilnya kita sebagai hamba Allah. Syukur alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat berjumpa dengan sanak saudara, sahabat yang lama tidak dijumpai kerana mencari rezeki di tempat yang jauh. Tahniah buat semua AJK surau yang telah bertungkus lumus menyediakan pelbagai kelengkapan bagi tujuan penyediaan tapak solat sunat aidilfitri tahun 2009. Ruangan ini saya tidak dapat menyediakan gambar yang berkaitan. Saya yakin ramai penduduk yang mengambil kesempatan mengabadikan gambar gambar tersebut. Sudilah kiranya dapat kita berkongsi gambar tersebut untuk dimuatkan dalam blog ini.

En. Samit Hj. Suani dan En. Dikun JarimanTETAMU YANG DATANG BERAYA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: