jump to navigation

Pengenalan

Kampung Bariawa Ulu merupakan salah sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Keningau, Sabah. Secara keseluruhan, majoriti penduduk kampung adalah terdiri daripada mereka yang berbangsa Dusun dan menganut agama Islam. Perkampungan ini boleh dikunjungi melalui jalan darat iaitu jalan raya yang menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu- Tambunan- Keningau ataupun Daerah Kimanis- Keningau. Masa perjalanan adalah lebih kurang 2 jam 30 minit daripada KK-Keningau melalui Daerah Tambunan. Walau bagaimanapun, masa perjalanan lebih singkat jika memilih jalan antara Daerah Kimanis- Keningau iaitu lebih kurang 1 jam. Adalah diingatkan agar pemandu lebih berhati hati sekiranya memilih jalan menerusi Jalan Kimanis yang mempunyai fizikal geografi yang curam berbanding jalan menerusi Daerah Tambunan. Berhati hati di jalan raya adalah langkah terbaik setiap kali memandu.

Suasana waktu petang 27/12/2013. 5.30 pm

Suasana waktu petang 27/12/2013. 5.30 pm

 

%d bloggers like this: