jump to navigation

Adakah anda kurang darah?

ADAKAH ANDA KURANG DARAH?
  • Kurang darah adalah keadaan di mana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram /dl.
PENYEBAB KURANG DARAH
  • Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun)
  • Jangkitan cacing
  • Masalah perubatan seperti malaria,thalasemla, leukemia, buasir, dan pendarahan dari faraj.
TANDA-TANDA KURANG DARAH
  • Pucat
  • Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam blla bangun
  • Kebas kaki dan tangán
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat
AKIBAT KURANG DARAH
KESAN KEPADA IBU
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Kematian ibu
KESAN KEPADA ANAK AKIBAT
KURANG DARAH YANG TERUK
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badán
  • Anak mati dalam perut
MENINGKATKAN PENGAMBILAN ZAT
BESI MELALUI MAKANAN
  • Ambilah makanan seimbang
  • Ambilah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardin,ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
  • Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu, mata kucing, betik,limau, rambutan, durian belanda, belimbing besi, kwini,kedondong, manggadan nenas.
  • Pilih sayur yang tinggl zat besi dan folat seperti pegaga, perla, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam, pucuk gajus, daun pudina, cekur manis dan daun remunggai.
  • Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ¡kan bilis, bebola ¡kan, kek ikan, hati, daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
  • Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.
  • Elak meminum teh, kopi atau susu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh, kopi  atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi.Sebaliknya ambilah air limau atau jus buah-buahan lain.
Dipetik daripada:

http://www.nutrition.moh.gov.my/nutrition/pdf/risalah/1-.pdf.

%d bloggers like this: